Nasib. Kadangkala satu ketuk di kepala boleh menyembuhkan adiksi ini. Yang mengeras boleh mencair dan seperti kanak-kanak asma yang diberi rawatan nebulizer, sesak yang beransur lega akan buat udara dihirup lebih mudah dan puas. Boleh berhenti dan bau bunga, kata orang.
Ceritanya, hari ini hari lahir aku kesekian kali lagi. Menua? Apa rasanya?
Yang muda membayangkan peningkatan umur itu sebagai satu dunia yang berbeza. Di mana insan akan lebih perlahan, tertekan dan punya banyak kedutan.
Yang menua selalunya cuba menerangkan (kadangkala dengan sukar) bahawa apa yang ditengok dalam cermin bukanlah apa yang dirasa oleh hati.
Oh well, selamat hari jadi, diri sendiri.

7 comments:
semakin umur bertambah, semakin menghampiri kematian :)
selamat hari lahir.
HB cik kapis ! :D adiksi tu apa eh?
Terima kasih En Shukri :)
Jogetkeras -
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=adiksi :)
haha tq2 ! dan lagi satu xnak buang word verification untuk cmment ke? :D
haha...menyusahkan ya word verification tu? i was trying to reduce spam. okay i put it out. kalau takde spam for a month, it'll stay that way. :)
selamat hari lahir...moga diberkati Allah selalu...
dan...semoga mati dalam IMAN :D
hari ulang tahun tak lebih daripada pertambahan angka sama seperti perubahan hari ke minggu, minggu ke bulan (pada aku la)...
Post a Comment