Friday, December 30, 2011

Gadis Gorgeous Singlet Putih


Gadis gorgeous singlet putih dengan skinny jeans tercungap-cungap di tepi jalan besar depan apartment 15 tingkat. Dada berskala 32C turun naik macam baru lepas momen orgasmik yang tidak dapat dipastikan samada bertunjang pleasure atau pain. Matanya terkejip-kejip penuh kerisauan. Dia menoleh ke belakang, ke depan, ke kiri dan ke kanan. Peluh menitik dari pelipis dan ketiak berbulu nipis. Dia nekad. Kereta banyak, jalan jauh bukan penghalang.

Mat rempit pakai t-shirt polo hitam kolar berdiri kerja despatch MNC baru beli RXZ model terbaru rasa macam menang loteri bila gadis gorgeous singlet putih tahan suruh berhenti. "Kenapa ni?" "Tolong! tolong saya! Ke mana?" "Ke sana ---cepat, please!!" Mat rempit t-shirt polo kolar berdiri tak sempat nak tanya lagi gadis gorgeous sudah naik membonceng peluk erat, mat rempit rasa di belakangnya ada daging melekat.

Tidak sampai 2 minit bawak motor kena peluk awek stranger yang buat barang mat rempit jadi lolipop jumbo tiba-tiba gadis gorgeous menjerit sekuat hati, "Berhenti!!!" Mat rempit yang masih terkesima dengan insiden surealis brek mengejut tanpa cerita. Skreeeechhh.....!! Gadis gorgeous melompat turun tidak sayang nyawa, wajahnya ultimate lega melihat kedai bernombor hijau merah yang bercahaya macam lorong ke syurga. YESSS!!! Lalu dikucup pipi mat rempit yang nasib baik tidak berapa berminyak dan terus buak aksi lari pecut 100m.

Mat rempit lihat gadis gorgeous masuk kedai macam babak slow-mo yang diberi efek over exposed supaya nampak ala mimpi. Dia senyum-senyum sendiri berkira-kira kemenangan loteri malam ini. Cahaya hijau merah yang menyimbah wajahnya di luar kedai melahirkan fatamorgana indah gadis gorgeous sedang membeli belon dalam kotak segi. Dia memeriksa wajah dalam cermin sambil membetulkan rambut dan mensyukuri untung diri.

Di dalam, gadis gorgeous gembira sekali dia hampir melompat sebelah kaki. Dia memotong barisan dan buat pekak bebelan pakcik pakai ketayap yang beli Tongkat Ali Power Root (untuk jadi jutawan). Selepas meluah lega pada si cashier dan membayar, dia terus ke sudut jauh, berdiri hampir dengan rak sabun basuh. Jari-jarinya sudah tidak sabar.

Di luar, satu kereta mata setan atau nama katalognya BMW 525i warna kelabu metalik meluncur dan berhenti betul-betul sebelah mat rempit. Gadis gorgeous tiba-tiba keluar dan terus bukak pintu kereta mata setan sambil mulutnya membentuk kata 'thank you' tanpa suara kepada mat rempit. Gadis gorgeous sempat bagi senyuman paling manis kalah iklan billboard air asam prun *Camelia di Lebuhraya Persekutuan sebelum menutup pintu. (*iklan tahun 2009)

Mat rempit terjegil, tak kelip mata, perhati macam mimpi kereta mata setan hilang di hujung jalan. Dia tidak puas hati dan mula persoal rasional diri sambil menggeletar terus masuk ke dalam kedai.

"Selamat datang ke 7-Eleven", budak lelaki kurus dengan rambut nipis melekat di kulit kepala bagi senyum mesra.

"Awek pakai singlet putih tadi beli apa?!!" Mat rempit, bertanya. Keras. Nak marah tapi tak tau kepada siapa. Nak menjerit tapi cuba control suara. Dia juga sudah bersedia nak tarik kolar kemeja merah budak lelaki kurus jika tidak mendapat jawapannya.

"Ohh...dia beli Hotlink RM10. Kredit habis. Boifren dia first time nak datang rumah - sesat jalan!"


(Republished from my original entry Thursday, 26 Nov 2009 ). Inspirasi? Gadis singlet putih itulah!

10 comments:

eeri jeremiah ivanovic said...

iklam Prune Maya Karin tu OHB kat dederal highway.. depan cerebos.. hehhe..

Eskapisminda said...

hehe. betul. tapi masa 2009 model iklannya adalah Camelia :)

jogetkeras said...

kesian Mat rempit pakai t-shirt polo hitam kolar berdiri. HAHA

::Aku:: said...

uwaaa rindu siot...lama ko tak berkarya dalam blog...still BEST cam selalu :")

mmg bengang jadi mamat moto tu...

'izzat said...

Iklan tu salah satu punca kemalangan di federal highway.

Eskapisminda said...
This comment has been removed by the author.
Eskapisminda said...

oget Keras : Untung mat rempit, tak buat maksiat...hehe.

Aku : hahaha, cerita lama lah tapi kat blog lagi satu. nanti aku buat cerita part 2 tajuk dia Mat rempit pakai t-shirt polo hitam kolar berdiri heheh.

'izzat : punca kemalangan ke punca traffic jam...hehe

fallen_again said...

Besh la u sis... :) ada ke slim hope that u actually have a picture of the white singlet lady in question ?

Eskapisminda said...

fallen_again - alahai, masa tu I didn't have a canggih hp yang can take good pics but then again she was so in a hurry to cross the street that I almost run her over... :)

::Aku:: said...

okies aku tunggu...

CEPAT...

tak sabo nak bace :D