Aku terbangun pada tahun 1998 dan terlanggar kau yang terkocoh kacah keluar dari bilik mandi flat bujang yang kita kongsi.
"Nak ke mana ni perempuan?", aku menegur kau yang bersiap memakai track suit biru dan baju sukan, sepertinya kau akan menyertai larian.
"Reformasi! Ke Dataran Merdeka!," kau jawab bersungguh. "Dolah pun sekali!", kau pantas menjawab soalan yang belum ku tanya. Dolah (bukan nama sebenar), teman lelaki kau, juga seuniversiti.
Aku duduk di karpet nipis mengadap item paling bahaya di ruang tamu, TV Sony 21" yang aku beli ansuran dari Jaya Jusco Wangsa Maju.
Hari ini hari Sabtu dan aku kena kerja. Pejabat aku jauh, kena naik dua bas dari rumah ke Jalan Kelang Lama.
"Beraninya kau...", kata ku sambil menekan remote dan mematikan TV yang berulang memutarkan cerita yang sama.
Kau mengeluh kuat, macam penat. Kau rasa kau yang baru tamat pengajian dari universiti awam lebih sedar politik dan ambil berat tentang masa depan negara.
Kau rasa aku yang sudah mula bekerja semasa kau sibuk mengira lulus periksa tidak faham rasional. Kau kata aku sudah kena bius kebal dan bebal. Tikus yang berlarian di roda kekal.
Aku cakap lagi, "Perempuan...kau kan baru ajer dapat kerja (yang kau cari penuh seksa)".
"Mak kau kat kampung dah tua".
"Bapak kau dah takda".
"Kakak kau kurang upaya".
"Kalau kau kena tangkap, apa cerita?"
Kau cakap aku tak faham maksud perjuangan. Kau terus ikat tali kasut dan keluar rumah macam ribut.
Nasib kau baik, balik elok-elok sahaja. Hanya sedikit basah (disembur bomba) dan sedikit semput.
Kau ketawakan aku bila aku cerita kena kejar FRU masa balik dari kerja.
Aku yang berdiri menunggu bas di Lebuh Ampang turut terserkap jala.
Mereka yang berdemonstran lari ke hentian bas dan berdiri sebelah, berpura-pura.
Aku menyumpah tak sudah bila FRU dengan rotan anggap aku pun sama.
Aku masih ingat saat otak berdetik, 'Lari!' ketika FRU tuju menderu. Aku tahu, mereka tidak akan minta aku jelaskan diri atau tunjuk IC tanpa aku dirotan atau digari.
Aku lari lintang pukang. Bas pertama aku nampak, aku naik, walaupun arahnya entah ke mana dan lepas sejam aku kena pusing balik.
Kau dengar dan ketawa dan kata. "Sesia kau kena. Lain kali turun dan sokong reformasi, demi masa depan negara dan diri!"
Aku tersedak dan tiba pada 2011. Bulan Julai. 9 haribulan. Aku cepat dail telefon.
Aku tanya, "Perempuan...kau kat mana?"
Kau kata kau di pejabat, sibuk, balik lewat. Sejak Dolah berhenti bayar nafkah kau kena kerja kuat. Tapi tidak apa, kau kata. Yang penting anak-anak kau dapat hak bela.
Aku tanya lagi, "Perempuan...tak ke jalanan ke?"
Kau kata, tak kuasa, takde bezanya, hari mengundi kan ada.

Gambar cilok dari sini
7 comments:
high iso? lol as in u've got high taste?
Try harder, Anon.
Oh wait, don't even try coz I'm not into youur type, Anonymous, Polygamous,...
sokong dari dalam hati, angguk je kalau dengar orang mencaci, kan ada hari mengundi, time tu serlahkan rasa tak puas hati, buat masa ni ada perut yang perlu diisi...
SM - perjuangan itu masing2. kata orang putih,to each it's own.
yup, kita masing2 berbeza perjuangan. tapi walaupun punyai perjuangan yang sama, tak salah pilih jalan yang berbeza. kan?
salam sejahtera
agree
have a great day
Synical Mind - sangat bersetuju :)
Umihoney - salam sejahtera kembali dan moga hari anda sihat, selamat dan berkat. :)
Post a Comment