Friday, May 20, 2011

Kerana Terpaksa oleh Ilham Kalsom - Satu Reviu

Saya membaca kedua-dua novel bahasa inggeris dan bahasa melayu. Tiada prejudis di hati. Buku yang bagus itu tidak kira apa bahasanya punya daya mengecamukkan nurani. Seperti buku ini , “Kerana Terpaksa”.

Novel sulung Ilham Kalsom ini dalam banyak-banyak novel yang saya beli di Pesta Buku Kuala Lumpur 2011 adalah yang paling 'berjiwa'. Penulis novel baru ini yang mungkin gusar dengan maklumbalas pembaca maka awal-awal menyatakan dalam kata pengenalan bahawa buku ini tidak menjanjikan kesempurnaan.

Ah, betapa naifnya kegusaran itu kerana sempurna pada mata saya adalah sesuatu yang lengkap. Bukan steril atau bersifat terlalu ‘bersih’ hingga menidakkan naluri asli manusia yang sentiasa diuji sisi gelap dan terangnya pada setiap saat. Di saat pasaran tempatan dibanjiri kisah-kisah cinta berunsur keagamaan ala episod TV popular Nur Kasih, membaca Kerana Terpaksa adalah satu kesegaran realiti.

Novel ini berjaya meluahkan dan membawa pembaca menelusuri rasa cinta asli yang ditinta kebodohan muda, kedegilan remaja dan keegoan dewasa dengan penuh sempurna (baca : 'real'). Mungkin kedengaran cliché kan?

Oh tidak dengan cara penulis menarikan katanya yang akan membuatkan pembaca berlari mengejar dari muka ke muka. Pembinaan rasa yang menegang dan mengendur pada masa yang tepat membuatkan klimaks bacaan menjadi deraian airmata. Mungkin emosi rapuh wanita, tetapi saya juga tahu ada pembaca lelaki yang hatinya sama tersagat dengan episod tragis cinta Suria dan Haizal. Bermula di bangku sekolah sehingga menginjak putih rambut di kepala, cinta mereka seperti kanser yang memakan diri namun pada masa yang sama membuatkan udara dihirup lebih bererti. Satu perkataan yang ingin saya gunakan untuk menyimpulkan novel ini ialah “INTENSE” atau sarat rasa.

Maka untuk itu saya berikan novel ini 4 bintang dan saya syorkan anda membelinya terutama jika anda belum pernah mengalami rasa cinta dengan jatuh bangunnya yang tulus (dan buta!)

‘Kerana Terpaksa’ novel sulung penulis Ilham Kalsom berharga RM 19.90 dan boleh dibeli dari pelbagai toko buku online dan offline. Diterbitkan oleh Buku Prima http://www.facebook.com/bukuprima


4 comments:

@topekketopekan said...

Tersentuh tak baca buku ni? Jujur saya cakap, walaupun saya lelaki, tapi bila hayati betul-betul watak dan perwatakan yang ada di dalam Kerana Terpaksa ni, tersentuh betul hati saya. ;)

Anonymous said...

just like my own story...
-cardiffgurl-

Eskapisminda said...

Seriously? Oh well, they say every love story told came from a true story. or something like that...

hopefully yours have a happy ending.

Zul Rono97 said...

ini adlh nvel pertama yg sya bli seumur hidup sye...apbila sye mmbce novel ini,sye rse sprti berada dlm cerita suria dn tengku haizal yg banyk halangan ini...Semoga membacanya dgn pnuh penghayatan...