Okay.
Aku tahu aku sudah lama tidak menitip kata di sini. Semenjak aku bekerja tetap dan secara sedar mengurangkan kerja-kerja penulisan 'hantu' semenjak itulah blog ini terbengkalai.
Ianya tidak sihat dan jiwa aku sentiasa rasa tidak kena. Ratusan kata-kata dirangkai separuh jalan dan kemudiannya di simpan sebagai 'draft' sahaja. Seolah rasa yang cuba disampaikan tidak cukup rempahnya. Atau mungkin kerana terlalu lama terawang-awang hingga sudah hilang keyakinan untuk mendarat.
Apapun.
Harini aku mahu abadikan juga entri pertama tahun ini. Tiada cerita yang boleh aku kongsi selain dari petang tadi aku gugurkan beberapa nama kawan dari FB. Alasannya? Kerana manusia itu punya pilihan dan dia boleh memilih untuk melindungi dirinya.
Selamat Tahun Baru 2011 dan terima kasih kerana sudi singgah di sini walaupun tuan rumah telah hilang entah ke mana-mana untuk jangka masa yang boleh dipersoal.
8 comments:
part "gugurkan beberapa nama kawan dari FB. Alasannya? Kerana manusia itu punya pilihan dan dia boleh memilih untuk melindungi dirinya." tu memang best!!!! semoga mereka terasa... wa... kejam ayat eeri nie kan?! hahaha
Semoga tahun baru ini yang terbaik utk akak.. :)
kami komunite lusuh merinduimu ewahhh!!!!
selamat kembali kak.
aka qd
saya juga rindu. malangnya hidup mmg x perfect. kalau perfect, we dun have to make hard choices.
welcome back :)
and oh i just realized the number 1111...
sekian lama aku tunggu int... :)
harap2 kalau tak hari hari or seminggu sekali at least sebulan sekali pun jadilah... :)
hopefully org yg digugurkan tu bkn aku... :) walaupun aku dah spt bisu...
selamat tahun baru...
selamat tahun baru...akhirnya ko muncul kembali...
::Aku:: ingatkan dah selamatttt ( :D melawaks je)
int... aku dah lama gila x update blog C100C... selalunya pun di sini... blog yg entah apa2 dan entah mcm apa berserabut segala... :)
sekutz
Post a Comment