Friday, July 23, 2010

Tali

Hari ini seperti selalu aku mengutip butir-butir nafas dan ku susun menjadi segugus tali.

Aku pegang erat tali ini, berikat pada permaidani mimpi yang terbang di langit hakiki.

Antara kita juga ada tali. Seperti tali yang menarik kau datang ke laman ini.

Tidak kurang yang melempar tali ke leher ku lalu menariknya perlahan-lahan kepada jalan yang mereka tuju sedangkan aku-tidak-mahu!

Dan yang melilit tali di buku lali supaya aku hanya berjalan dan tidak berlari.

Tetapi ramai tidak tahu, di dalam poket celanaku sentiasa ada belati.

Tajam dan berkilat. Memutuskan apa sahaja yang menjerat.

Bila-aku-sudah-tidak-larat.



5 comments:

cik za said...

description yg sgt tepat!

Eskapisminda said...

terima kasih!

Anne M. said...

jaga-jaga!

kandot65 said...

Gunakan belatimu yang tajam berkilat tu sebelum tali itu mungkin menjerut lehermu.

Eskapisminda said...

Ya, terima kasih Anne & Kandot. Dengan ini saya mengistiharkan seminggu lebih awal di kotak komen ini bahawa saya akan menggunakan belati itu dan memutuskan tali yang semakin menjerut itu dan cari kerja lain yang lebih harmoni dengan hati.