Katerin Dex selalu ditanya kenapa nama dia tiada makna dalam bahasa Arab. Katerin Dex juga selalu ditanya kenapa nama bapak dia Dex juga tiada makna dalam bahasa Arab. Katerin juga selalu ditanya bila dia nak pakai tudung. Katerin Dex yang jarang bersuara yang tidak pernah mengata sesiapa yang tidak pernah menikam orang dibelakangnya yang tidak pernah memberi namanya semasa menderma yang tidak punya rasa mengungkit bila menolong orang akan mati hari ini.
Tapi sebelum mati dia sudah ada temujanji dengan Nur Fatimah Mariam yang hari-harinya sibuk untuk membetulkan hidup orang lain menjadi seperti hidupnya. Nur Fatimah Mariam yang merasakan dirinya sudah terselamat mahu menyelamatkan orang lain. Nur Fatimah Mariam yang sibuk membuka aib orang demi menyelamatkan orang itu yang mahu orang memanggilnya dengan gelaran yang suka menjanjikan syurga yang mementingkan acara dari keluarga. Nur Fatimah Mariam yang mempercayai segala apa yang diberitahu kepadanya jika ia menggunakan bahasa Arab. Nur Fatimah Mariam yang tidak percaya dengan akalnya sendiri harini akan bertemu dengan Katerin Dex untuk mati.
Dalam temujanji di ambang kematian yang diatur entah siapa mereka berada ditengah padang yang rumputnya adalah lumpur dan darah, Nur Fatimah Mariam yang membantu suaminya memilih isteri ketiga dan keempat yang suka melakukan jimak serentak atau paling kurang bertiga terasa gatal satu badan yang melampaui batas lalu mengoyakkan lapis jubah, hijab, niqab satu persatu sampai dia bogel dan terus mengoyakkan kulit-kulit hingga yang tersembul tulang dan daging busuk....
Tidak puas hati mengoyak dirinya sendiri dia menyerang Katerin Dex dan mencakar dan mengoyakkan baju Katerin Dex, sehelai Tshirt hitam kepada seluar jeans lusuh kepada pakaian dalam dan kemudian disiat-siat kulit Katerin Dex tanpa belas kasihan tetapi masih tiada tulang dan daging busuk yang kelihatan sebaliknya dari celah-celah otot menyusup cebis-cebis kain putih yang kemudiannya menjalar ke seluruh badan Katerin Dex menjadi jubah putih suci yang menutupi seluruh badannya...dan kedua mereka putus degup jantung.
Innalillahirojiun....

borrowed pic from here
5 comments:
erkk..
to be continue ke?
Is this what they call "cliffhanger?" or this is your idea of torturing me, babe?
haaaa...sekali berkarya, menusuk menikam nikam qalbu aaa...arghhh
sempoi siot...ahahah...mmg terkena hidung yg tak mancung pipi tersorong sorong...
woi! sadis nak mamposs!!!
Adoii... sungguh tajam susunan ayat2 kamoo..
Slmat Hari Raya...
Post a Comment