Thursday, June 24, 2010

Rindu

Lamanya kita tidak bertemu kan?

Dulu aku suka merenung matamu dalam-dalam dan cuba mengagak fikirmu dalam diam.

Kamu rindukan aku tak? Atau rindukan permainan kita, penyelam laut jiwa.

Aku harap kamu tidak derita. Aku rindukan kamu juga.

Seolah kamu itu satu notis kepada aku bahawa hidup ini bukan sekadar mengejar angka.

Kamu tahukan, aku masih lagi berlari. Aku tahu kamu akan tanya, bila aku mahu berhenti?

Bukan aku tidak mahu.

Kadang-kadang aku letih juga.

Dan aku jaga dari tidur dengan tangan meraba.

Ada cerita yang mahu aku kisahkan.

Ada emosi yang mahu aku lakarkan.

Tapi pena itu selalu sahaja hilang.

Dan kemudiannya ingatan aku juga...



2 comments:

umihoney said...

welcome back :)

::Aku:: said...
This comment has been removed by the author.