Itu bukan satu masalah dan manusia itu tidak seharusnya dihakimi kerana pendiriannya. Setiap apa yang dilakukan oleh seorang manusia yang rasional selalunya berlandaskan kepada satu keputusan yang telah ditimbang tara mengikut perspektif terbaik untuk dirinya.
Jika seseorang tidak mahu berkawan atau merapati kamu maka janganlah terlalu bersedih atau membenci mereka. Mereka mungkin buat begitu kerana kelemahan mereka sendiri dan bukan kerana kelemahan kamu. Contohnya, kamu terlalu yakin dengan dunia dan masa depan sedangkan dia hanyalah pencinta dunia kecil. Tenaga kamu yang membuak-buak itu mudah sahaja menghanguskan tenaganya yang suam-suam kuku dengan kehidupan. Tentu sekali tidak seimbang. Perkara yang tidak seimbang cenderung gagal. Mencegah lebih bagus dari merawat.
Sekadar contoh, ada dua orang rakan karib yang saya kenali kini tidak lagi dalam lingkungan kawan yang sama kerana karekter kedua-duanya yang saling bunuh membunuh antara satu sama lain. Yang seorang lantang - tanpa usul periksa, yang seorang sensitif - suka prasangka. Persabatan mereka macam pusingan racun dan penawar. Setelah pusingan demi pusingan pergaduhan yang sebenarnya tidak menambah nilai kepada persahabatan mereka, keduanya bijak mengundur diri dari hidup masing-masing. Dan saya lihat dari jauh mereka tenang dan gembira dengan apa yang mereka ada walaupun saya tahu di hujung hati keduanya merindui sesama sendiri (semua perkara ada harga). Yang penting, kini keduanya boleh fokus kepada benda-benda lain yang lebih berfaedah daripada masalah pengurusan perasaan. Itu terbaik untuk mereka maka tidak perlulah mereka dihakimi. Perkara yang selalu kita tidak tahu tentang manusia lain itu tidak nampak pada mata kasar. Ketenangan - dalam hati, ulungnya adalah lebih bernilai dari emas permata atau harta berjuta. Jika tidak, masakan bini hartawan yang dimadui memilih untuk bercerai dan rela hidup sendiri kais pagi makan pagi?
Mereka yang suka melontar ayat-ayat menghakimi itu harus sedar adakalanya pemahaman perkara sebenar tidak akan sampai kepada mereka kerana tidak semua manusia dalam dunia pentingkan kemenangan dirinya.
Contohnya, aku tinggalkan seorang kawan yang telah menipu aku terang-terangan dan bercerita kepada yang lain sebaliknya untuk satu pemanipulasian demi menutup aib peribadinya (yang aku seorang sahaja tahu!). Tentu sekali aku tidak akan pergi kepada kamu untuk menjustifikasi kenapa aku hentikan persahabatan kami (walaupun kamu menghakimi diam aku sebagai 'bersalah') kerana nilai untuk kamu memahami tindakan aku itu adalah pembongkaran aibnya yang akan memalukan diri dia dan seluruh keluarganya.
Kamu mungkin tidak sabar mahu tahu kerana suka berlegar di hentian yang sama tapi aku manusia yang suka meneruskan perjalanan.
Aku tidak perlu hakimi kamu dan kamu tidak perlu hakimi aku.

Gambar pinjam dari sini
4 comments:
saya pun post entry pasal kawan gak... huhuhu... susah nak predict hati org nieh...
(semua perkara ada harga)
saya suka bracket ini
saya telah membayar harga dengan harga yang mahal tau!
saya sangat suka post ini. we are sharing the same experience. perhaps we should sit together one day and discuss about 'pengurusan perasaan'
eeri : yup yup
QD : harga bracket tu mahal!
Dottie : we should la. over kopi. ;)
Post a Comment