Wednesday, November 4, 2009

Raja Sumpah

Dia bangun
Dia hilang suara
Hrghh Hrghhh – Dia cuba

Dia jalan cari tabib
Mata dia jadi buta
Mana Mana – Dia raba

Dia mahu pusing pulang
Kaki pula hilang daya
Cuba cuba – Dia hampa

Dia dengar

Dia CUMA boleh dengar

Kasihan dia.

Padan muka dia!

Kenapa dengan dia?

Seri Bija Wangsa :
Disumpah Raja.

Megat Seri Rama :
Apa salah?

Seri Bija Wangsa :
Tiada tauliah, berani tunjuk gagah.

Megat Seri Rama :
Guna akal juga salah?

Seri Bija Wangsa :
Raja Sumpah berkuasa! Daerahnya bahaya! Jangan buat suka-suka!

Megat Seri Rama :
Dasar Puaka.


12 comments:

Aku... CikSekut said...

Seri... Cik Biskutz:
dia hanya digelapkan dari deria dan anggota... mungkin sedikit ingatan cuma... tak banyak tapi kalau masih sakit dan terhimpit... mungkinkah ingatan itu sedikit?

dia hanya digelapkan, supaya dalam kegelapan dia belajar lebih melihat... mungkin... :)

Alina said...

Wow kakintan. Sajak yang 'berani'.

Suapaya lebih ramai ynag dapat 'melihat', berani seperti kamu!

:)

Eskapisminda said...

CikSekut,
mungkin...!

Alina,
Sedaya yang boleh. ;)

elviza said...

Hoi! Bukan kau perlu berblog pasal skrip kau ker? Am waitiiiingggg!

Ajami Hashim said...

Salaam..

nak mintak jasabaik awak utk tonton & komen cerekarama Tunjang Sa'adah skrip sulung saya kat sini: YOUTUBE

terimakasih :-)

Eskapisminda said...

Puan Elviza - otak saya sedang bergerak dengan mod slow-mo kerana tidak mahu euforia yang berlangsung baru-baru ini pantas meninggalkannya. (ayat realiti - belum ada masa sorang2 nak mengarang...haha)

Ajami - dah siap? AKHIRNYA!!!! waaahhhhhhhhhh tak sabarnya nak tengok. Tahniah! Tahniah!!!!

Aku... CikSekut said...

Sekapis, anda sudah semakin malas! Jari- jemari anda harus dijentik kembali... mari hulurkan ke sini...

Jangan bagi alasan masa... sdgkan ketika memerut pun anda boleh gunakan masa bersenang itu menconteng sesuatu di atas tisu tandas...

hahahaha :p

elviza said...

Kapis,

Songelnya jawapan kau. Bagi jari ko kat Cik Sekut! Jentik dia Sekut!

Loose the "Puan" would you? You sound like a judge about to give me a thrashing *shudder*

Kenapa dunia sastera ku gelap sekarang? Adakah kerana kawan2 tidak berkarya atau aku sibuk mengejar duniawi yang tidak bermakna?

Aku... CikSekut said...

Dia nyuruk la mich... hahaha

:: Aku :: said...

:) very sempoi...

like it..!!

Salam Aidiladha maaf zahir batin...

lama tak singgah sini...

Rajuna said...

mana dia sang rajuna?

Eskapisminda said...

Cik Sekut dan Elviza - diminta jangan mengumpat saya di blog saya sendiri...! Hehe.

Aku - mana hang piiiiiiiiiii?? :)

Rajuna - selamat datang.