Akan tiba pada setiap manusia satu titik genting di mana dia harus membuat keputusan kritikal dalam hidupnya untuk memilih. Terus atau berhenti. Ke kiri atau ke kanan. Si dia atau si anu. Hidup atau mati.
Akan tiba juga satu ketika di masa hadapan kesedaran akut mengenai pilihan-pilihan itu.
Adakah kau akan menyesal kerana pilihan mu itu adalah kesilapan terbesar dalam hidup? Atau penuh kesyukuran kerana pilihan mu satu nikmat berpanjangan?
Jika kau gembira dengan pilihanmu,bagus.
Tetapi jika kau tidak gembira, mengapa?
Pernahkah kau terfikir bahawa pilihan itu sebenarnya sudah ditakdirkan? Selalu sahaja seorang manusia yang menyesali itu menyatakan bahawa jika dia dapat memutar waktu ke belakang dia akan memilih yang lain. Oh, betapa dia tersilap dalam hal ini.
Seperti satu formula kimia yang menggunakan bahan/variabel yang sama, didedahkan kepada situasi yang sama tentu sahaja ia akan memberi hasil yang sama! Kecuali...ya, kecuali jika ada pengaruh yang berlainan tiba-tiba hadir (tetapi jika ada pengaruh lain bermakna ia tidak sama dengan formula asal!).
Contoh :
Kau jatuh cinta dengan wanita/lelaki yang pada asalnya mencintai kau sepenuh hatinya (katakan dia memang jujur orangnya) kemudiannya dia menghancurkan hati kau sehancur-hancurnya hanya kerana dia jatuh cinta lagi sekali dengan wanita/lelaki yang lain yang difikir lebih sesuai dengannya. Dia melangkah ke depan dengan bahagia yang melimpah-limpah sedangkan kau melangkah longlai di atas keping-keping harapan yang telah berkecai.
Kau akan selalu berfikir bahawa alangkah bagusnya jika kau boleh memutar masa ke belakang dan tidak memilih wanita/lelaki ini. Alangkah bagusnya jika kau memilih yang lain. Tetapi mana mungkin kau boleh memilih yang lain jika kesemua peratusan takdir ketika itu sudah memberati pilihanmu. Bolehkah kau menukar situasi (tidak berada di tempat yang sama), menukar paradigma mindamu (tidak mempunyai perspektif yang sama), menukar keupayaan taakulan (berfikiran lebih matang dan hati yang lebih kebal)....? Bolehkah?
Jika kau boleh, ia bermakna kau bukan lagi orang yang sama! Orang yang
tidak sama membuat keputusan yang
berbeza!
Jadi, buang sahaja kekesalan mu jauh-jauh ke laut dalam. Langkah kau sudah ditakdirkan. Jangan buang masamu dan melihat ke belakang. Apapun pilihanmu terima sahaja ia adalah pilihan terbaik dirimu yang telah tertulis.
Tuhan itu tahu segalanya, setiap hela nafasmu, setiap ghairah hatimu dan setiap neuron keupayaan akalmu. Kau dilahirkan dengan kekurangan atau peluang semuanya dengan keizinanNya. Jika dia tidak mengizinkan sesuatu itu terjadi sudah pastinya ia tidak akan terjadi. Tetapi jika ia sudah terjadi maka Dia juga yang telah mengizinkan ia terjadi. Jika kau berterusan menyalahkan dirimu kerana kejahatan lalu yang telah kau lakukan tidakkah kau sedar bahawa kejahatan itu boleh bertukar jadi kebaikan jika diberi izinNya?
Jika kau rasa pilihan lepas itu bukan yang terbaik, tukar sahaja pilihan depan. Bersyukurlah kau sedar bahawa kau tidak suka pilihan yang lepas sebab orang yang telah sedar boleh membuat pilihan yang baru.
Tetapi jika kau rasa kau tidak mampu buat pilihan lain, kau rasa terperangkap, kau memang terperangkap! Kau itu apa yang kau fikirkan akalmu! Setiap hari langkah kakimu ke depan kan?
Bukannya mengundur ke belakang? Jadi kenapa kau nak ke belakang dan terus hidup dengan keperitan pilihan yang kau sesali?
Tidak usah kau buang masa menderita kerana apa yang orang lain mahukan dari dirimu. Mereka bukan kamu dan mereka tidak melalui lorong hidup yang sama.
Jika kau masih hidup. Bagus.
Apa pun pilihanmu, ianya adalah yang terbaik yang kau boleh lakukan kerana kau sebenarnya
tidak mampu berfikir lain dari apa yang telah diberi pada mu untuk satu-satu saat itu. Jika kau membayangkan ianya boleh ditukar kau sebenarnya hanya mengimpikan kau dijadikan Tuhan orang yang lain. Jika kau miskin mungkin mahu dilahirkan kaya. Jika kau lemah mungkin mahu dilahirkan kuat. Jika kau jauh dari agamamu, mungkin kamu mahu dilahirkan dalam keluarga yang beragama, jika kau seorang yang pahit kerana masa kecil yang sukar mungkin kamu mahu masa kecil yang manis....dan senarai ini berterusan sehingga dunia itu berakhir. Kau fikir kau berhak punya pilihan itu?
Kau berada di dunia ini tidak lain dari sebagai hambaNya. Hamba. Kau faham konsep Hamba?
No one really knows why exactly the world is just a testing place. Don't question why do you need to be tested when you know the answer is 'He wants to reward you as you deserved'. Of course, no one asked you if you want to be part of the crash test dummies though, sorry to disappoint you. As a slave you have no rights to ask. You are a slave. A slave obeys, do what his/her master would like them to do and have faith that they will be rewarded for good work at the end of the day. Or as a crash test dummy, just ensure you are on the safest dependable vehicle to minimise crash and injuries.
And if you are not happy with being a slave, too bad. You are not an angel. You can't be. Oh well, perhaps you don't want to be an Angel too cos Angel is limited in its sensory capacity. I don't think they are able to copulate at all, anyway. They're supposed to be sexless (no sexual desire). A lot of human will not be happy with that. You know how human are.
Oh damn, I just mixed my languages again. Sorry, my brain can't help it. It's a glitch.
Anyway, please stop wallowing in the mud. If you are alive, look for solutions and move on. Don't look for excuses to step back or freeze on the spot.
Just don't die before your time's up.
LIVE. And believe it's worth it. Because if you don't, you are wasting your time.
And also, because if you don't, there is not much other choice, really.
You might as well be dead.